KURSUS YANG DITAWARKAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KESIHATAN KUBANG KERIAN
1.
PENGENALAN
Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau
Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu institusi pengajian tinggi
awam yang tertua di Malaysia. Pada tahun 1971, kampus
induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari
Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini
menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
USM
mempunyai dua kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri
Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan
bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.
Sejak
ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan
pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains
Alam, Gunaan, Perubatan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan,
Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena
untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan
kemanusiaan.
2.
MISI
Memimpin dan menginovasi untuk mencapai
kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran
ilmu dan kebenaran,pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada
kecemerlangan akademik dan professional, perkembangan individu yang
menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi
Negara dan aspirasi universal.
3.
UNIVERSITI
DALAM TAMAN
Konsep ‘ Universiti Di Dalam Taman’ yang diadunkan
oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya
sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar.
Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang
dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita
untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha
membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan
dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayanyi dan menghargai
alam semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran
pada setiap warga kampus.
Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini,
pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di
dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan frauna, tasek dan
keindahan yang berkaitan, rekabentuk dan seni bina serta amalan seluruh
warga kampus. Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya,
menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat
kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang
patut dicontohi dan dicemburui. Ianya merupakan gabungan harmoni
persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek
dalam menerokai akal budi – siapa kita, bagaimana kita mengetahui dan
bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.
4.
KEDUDUKAN
USM
Pada
masa ini Universiti Sains Malaysia mempunyai 24 buah Pusat Pengajian dan
13 buah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran
pembelajaran dan penyelidikan. Sebanyak 111 program pengajian ditawarkan
secara penuhmasa dan 12 program pengajian ditawarkan secara Jarak Jauh.
Pengajaran dijalankan oleh 1,205 orang staf akademik dan dibantu oleh
lebih 4,000 staf eksekutif dan sokongan. Universiti Sains Malaysia
kini mempunyai populasi pelajar sarjana, sarjana muda sepenuh masa dan
separuh masa sebanyak 27,981 orang.
5. KURSUS YANG DITAWARKAN
Kampus Kesihatan, Kubang Kerian,
Kelantan
a.
Pusat Pengajian Sains
Kesihatan
b.
Pusat Pengajian Sains
Perubatan
c.
Pusat Pengajian Sains
Pergigian
KAMPUS KESIHATAN,
KUBANG KERIAN, KELANTAN
PUSAT PENGAJIAN SAINS
PERGIGIAN
| ||
1.
|
Doktor Pergigian
|
SD00
|
PUSAT PENGAJIAN SAINS
PERUBATAN
| ||
2.
|
Doktor
Perubatan
|
SM00
|
PUSAT PENGAJIAN SAINS
KESIHATAN
| ||
3.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) - Bioperubatan
|
SM03
|
4.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) – Sinaran Perubatan
|
SM04
|
5.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) - Dietetik
|
SM05
|
6.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) – Audiologi
|
SM07
|
7.
|
Sarjana Muda Sains
(Kepujian) – Sains Forensik
|
SM11
|
8.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) - Kejururawatan
|
SM12
|
9.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) – Patologi Pertuturan
|
SM17
|
10.
|
Sarjana Muda Sains
Kesihatan (Kepujian) – Sains Senaman dan Sukan
|
SM18
|
No comments:
Post a Comment